PENSIL DOT COM

Welcome To Pensil Dot Com.

Blog Under Construction

Sorry to all my reader

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

USA Nak Serang Mekkah & Madinah!! Betul Ke???


Assalamualaikum...hari ni aku nak share ckit pasal artikel yang aku dapat dari member2 blogger yang aku pun x ingat nama blog dia ( sorry copy your article ). Aku terbaca artikel ni so aku nak update sikit pasal pelan kejam yahudi nie.  Dari artikel di bawah laknaktuallah Dempsey ni telah mengajar satu kursus kat pegawai tentera USA tentang perancangan diorang bagaimana nak serang Tanah Suci Mekah. Artikel ni membuatkan Washington malu besar dan ia langsung bertentangan dengan seruan Barack Obama "Memerangi Keganasan". Artikel kat bawah menyebut data yang diperoleh ni adalah dari Wired.com. So untuk lebih lanjut korang suma try lah search tengok. Maklumat artikel seperti dibawah:


General Martin Dempsey


Makkah Al-Mukharamah


Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah


VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.



Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.



Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.


Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.


Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.



Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.



Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. 


Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.


“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.



Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.



“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.



Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.



“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi


Thursday, 24 May 2012

Rumah Terpelik Kat Dunia

Have you see crazy house?...hahaha....sound like a stupid question right...hahahah....now you can see stupid people who design their house but give some unique concept.


Its look so crazy but I think it so unique idea. If you want to visit this house you can fly to  Da Lat city, Vietnam.




You can sleep in the tiger room.....and the tiger will guard you until dawn....but be careful you not snoring when you sleep because this tiger will say " Auuuummmmmmm" and I afraid you will jump from the window...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...