Assalamualaikum...hari ni aku nak share ckit pasal artikel yang aku dapat dari member2 blogger yang aku pun x ingat nama blog dia ( sorry copy your article ). Aku terbaca artikel ni so aku nak update sikit pasal pelan kejam yahudi nie. Dari artikel di bawah laknaktuallah Dempsey ni telah mengajar satu kursus kat pegawai tentera USA tentang perancangan diorang bagaimana nak serang Tanah Suci Mekah. Artikel ni membuatkan Washington malu besar dan ia langsung bertentangan dengan seruan Barack Obama "Memerangi Keganasan". Artikel kat bawah menyebut data yang diperoleh ni adalah dari Wired.com. So untuk lebih lanjut korang suma try lah search tengok. Maklumat artikel seperti dibawah:
General Martin Dempsey
Makkah Al-Mukharamah
Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah
VIRGINIA: Jabatan Pertahanan
Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej
Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang
habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah
dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada
Washington.
Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu,
jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran
Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak
menyasarkan agama Islam.
Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej
berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.
Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat
Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera
Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden,
Jerman.
Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan
Radikal Islam’.
Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan
daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama
kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih
bertugas di kolej berkenaan.
Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia
digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan
pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera
berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah
membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap
sebagai menghina Islam.
“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan
jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak
bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.
Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai
keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.
“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak
akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.
Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak
perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi
relevan.
“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang
ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya.
– Agensi
tulisan anda yang background kaler putih itu kurang jelas..harap diubah..
ReplyDelete