Friday, 18 January 2013

Follow the Story: Malaysians "Listen Listen Listen" & Respond to #SharifahZohra

A 24-minute video of a public university forum speaker mocking a student has gone viral on online forums and Facebook. The video showed the speaker - Sharifah Zohra Jabeen, president of little-known women's organisation called Suara Wanita 1Malaysia or SW1M - dismissing a student, Bawani KS, who stood up to highlight points on Bersih and free education with remarks including "when this is our programme, we allow you to speak' and 'when I speak, you listen". 







Ok today aku nak share lah cikit pasal perdebatan yang tengah hot antara Sharifah Zohra Jabeen ngan KS Bawani ni. Dari info yang aku dapat pemimpin pimpinan pelajar telah bersuara untuk mengajurkan Fair Debate antara diorang nie atas dasar untuk menyatakan FAKTA keatas isu KEBEBASAN AKADEMIK dan STUDENT's RIGHT. Bagi pendapat aku perkara ini bagus bukan aku nak melagakan diorang nie tapi bagus sebab untuk menetukan sesuatu fakta kita kena banyak buat research dan kita kena tahu banyak perkara suapaya kita dapat mempertahankan fakta tersebut. Untuk menjadikan isu ini menjadi lebih adil aku rasa x salah kalau MPP UUM anjurkan satu debat khas untuk mengelak pandangan negatif masyarakat tentang isu ini. Mungkin orang kat luar sana muskil tetnang apa yang sedang berlaku dan bagi aku dan orang lain yang bersependapat dengan aku nak tengok diorang nie berbaik dan xnak lah disebabkan hal yang terjadi masa forum tu akan menyebabkan berlakunya perselisihan pendapat dan fahaman tentang fakta yang ingin di sampaikan. 

Bagi sesiapa yang x tahu. Pelajar yang bernama BS Bawani nie adalah seorang pelajar jurusan undang-undang dan beliau merupakan seorang yang aktif menyertai dalam PERHIMPUNAN ANTI-KERAJAAN. Bagus budak nie...dia sedar apa yang kerajaan dah korbankan untuk keperntingan rakyat. Sebagai mana seruan PM kita Datuk Seri Najib "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
OK dari info yang aku dapat juga. Datuk Ambiga berkata Bawani adalah seorang yang berani memberi pendapat dan jarang hendak melihat seorang pelajar begitu berani diamana dengan lantang memberi pendapat tentang isu yang panas maksud aku isu perhimpunan haram.

Untuk pengetahuan korang Sharifah Zohra Jabeen merupakan seorang president sebuah organisasi "Suara Wanita 1 Malaysia". Aku sebagai pelajar juga amat bersyukur jika kerajaan kita mampu memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sebab aku mengalami nasib dimana my parents terpaksa bekerja siang dan malam untuk memastikan aku mampu sambung belajar. Kadan-kadang aku menangis bila teringat butiran peluh yang keluar dari dahi mama dan abah aku dan semua tu disebabkan mereka memerah keringat untuk mencari sesuap nasi bagi memastikan aku dan adik-adik aku dapat belajar. Dan apa yang aku mampu buat adalah belajar dan terus belajar bagi mengangkat balik maruah keluarga aku sebab aku berasal dari keluarga yang tidak mempunyai apa-apa. Tiap2 hari parent aku terpaksa memerah keringat untuk mencari sesuap nasi. Antara menu yang aku paling suka bila sampai hujung bulan adalah Masak Tumis Udang yang mama aku masak. Aku bersyukur kerana dapat merasai masakan tersebut dan aku tahu ada lagi orang diluar sana yang tidak mampu. Sekarang lepas aku tengok video nie aku tahu aku masih kekurangan dalam info semasa dan perbezaan aku dengan Bawani amat jauh. apa yang penting Matlamat untuk berjaya dalam diri aku akan terus tercabar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...