PENSIL DOT COM

Welcome To Pensil Dot Com.

Blog Under Construction

Sorry to all my reader

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 1 February 2013

Khafiat Ayat Al-Qursi




Assalamualaikum....salam 1 Malaysia...

Post kali ni aku nak share lah sikit satu ayat yang mana ayat ini banyak khafiatnya jika kita amalkan setiap detik perjalanan hidup kita. Mungkin ada sesetengah saudara islam kita kat luar sana tahu khasiat ayat Al-Kursi ni tapi aku yakin masih ramai lagi yang belum tahu. Jadi dengan share aku kali ni dapat lah kita beramal untuk kembali dekat kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati dan memimpin perjalan kita suma di atas bumi yang fana ni. 



Antara khasiat ayat Al-Kursi:

  • Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusuk selepas solat fardhu, pagi dan petang, setiap kali keluar rumah dan hendak bermusafir, insyaAllah akan terpelihara lah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan ahli keluarganya, anak-anak dan isteri atau suaminya, harta bendanya juga akan terpelihara oleh Allah yang maha kuasa.

  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

  • Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad SWA.

  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya (Dari Abdullah bin 'Amr r.a.).


Seperti mana yang aku taipkan diatas adalah beberapa khasiat ayat Kursi dan semoga post aku kali ni dapat dikongsikan kepada saudara-saudara Islam yang lain. Aku doakan sesiapa sahaja yang share post nie akan deberkati dan dipelihara kehidupannya di sisi Allah SWT. 



Saturday, 26 January 2013

VAT 69 Komando Terbaik


Assalamualaikum para pembaca...hari yang mendung dan hujan renyai-renyai(kat tempat aku lah)...aku nak bawak korang balik ke zaman dimana Malaysia dijajah oleh Parti Komunis Malaya. Post aku kali ni aku nak share sikit pasal anggota Komando VAT 69 yang ditubuhkan pada zaman komunis tu. Sebenarnya, komando VAT 69 nie asalnya bukan dari kalangan anggota tentera Malaysia, tapi ia merupakan anggota polis hutan zaman komunis tu. Sekarang polis hutan dah tak de. Polis hutan dah ditukar kepada Pasukan Gerakkan Am.  Sejarah ni korang kena tahu sebab kalau Anggota komando VAT 69 ni tak ade..mesti negara kita tak dapat capai kemerdekaan.




Logo VAT 69



Ceritanya begini pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau korang nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik kat atas dunia nie. Sapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu SAS nie. Aku tahu pun pasal game nie dari member aku jugak...Mr H.(sory bro...aku x mention nama pnjang ko pun.) 


Logo British Special Air Service



Anggota SAS tengah buat latihan


Objektif penubuhan pada zaman darurat tu disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

Sebagai pasukan elit PPH, VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih grup awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas dinegara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.


Pasukan Komando 69 yang mengenakan beret coklat keperangan

Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan , unit ini dikenali sebagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69)

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69. 



Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Jadi, dengan sejarah diatas, kita rakyat Malaysia patut berbangga sebab anggota komando kita merupakan salah satunya komando yang dapat memakai beret yang sama warna dengan beret anggota komando SAS yang mana SAS ni merupakan anggota komando terbaik dunia. Satu lagi, komando VAT 69 nie pernah di dokumentarikan dalam Asia Channel. Bak kata orang, komando nie merupakan satu pasukan elit yang tak takut mati. Seperti mana trade mark anggota SAS kat logo diorang "Who Dares Wins" , Siapa yang berani menang. Kat trade mark diorang pon korang mesti boleh bayang betapa bahaya misi yang diorang ni jalankan. Aku memang salute lah ngan Komando-Komando kita dan juga Komando SAS.





Friday, 25 January 2013

Kehebatan Tentera Malaysia


Assalamualaikum.....Salam 1 Malaysia....Hari ni nak mencoret sikit pasal Kehebatan ATM.(Angkatan Tentera Malaysia ). Korang mesti pernah nmpak brader2 yang pakai baju celoreng askar...Sempoi x?....Korang pernah tengok x tarian perang yang di tarikan oleh komando Malaysia. Gerun siot..Klau musuh aku rasa dengar pun dah terkucil dalam seluar apa...hahahahha.....Ok lah..aku nak bagi tau korang yang tentera Malaysia nie bukan calang-calang tentera. Dulu masa zaman komunis, VAT 69 merupakan askar yang paling di takuti oleh tentera komunis. Sampaikan ketua komunis tu ckap..."Kami tidak takut untuk bertempur dengan satu botalian askar melayu, tapi kami gentar untuk bertemu dengan satu platun anggota VAT 69". Asalnya komando kita ni di latih oleh United Kingdom Special Air Service Regiment ( SAS ).

So kat bawah nie aku nak bagi tahu lah kehebatan Tentera Malaysia sama ada dari tentera biasa mahupun Grup Gerak Khas (GGK).



1. Korang percaya atau tidak Komando-Komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue)  oleh tentera NATO dalam perang Bosnia yang mana suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika. Hal ini diperakui oleh tentera-tentera negara luar dan menyatakan ATM ni pasukan yang datang untuk garisan mati.

2. ATM diperakui PAKAR dalam PEPERANGAN HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme. Kalau korang tak percaya try search sejarah negara yang pernah dijajah oleh komunis. Diorang dapat bebaskan negara diorang dengan tangan diorang sendiri x?

3. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh Asia Channel.


Logo Anggota Komando VAT 69

4. ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh pesawat temput MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur dalam kelasnya yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut. ATM juga telah mengubah suai pesawat tempur SU-30MKM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai Scorphene menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia. Bahkan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Teluk Eden.



MiG29N


Sukhoi 30MKM


Kapal Selam Scropene


5. Sebelum pasukan Elit MARINIR (Tentera Laut Indonesia ) berjaya “tawan” Singapura.Pada 1980an (Pasukan Komando Udara Malaysia)HANDAU telah menceroboh pangkalan peluru berpandu udara milik Tentera Singapura yang terletak di Bukit Batuk. Mereka menampal setem Malaysia pada setiap perluru berpandu,meja pegawai tentera dan menukarkan bendera Singapura dengan bendera Malaysia pada meja pegawai tinggi tentera. Tujuannya adalah untuk membalas dendam keatas Singapura kerana jet pejuang Singapura telah menceroboh ruang udara Johor. Mereka mengambil masa dalam masa 1 hari saja tanpa dapat dikesan.

6. Pada lewat 1980an, sekumpulan Tentera Singapura ditangkap oleh Askar Wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di Johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah Singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

7. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

8. Semua anggota elit Komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber"clutch”.

9. ATM menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang telah sekian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan Fort Bernings. Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan Amerika US ARMY.

10. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menceroboh kem Tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api. Ini amat memalukan mereka.

11. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sekali bagi pasukan elit dari negara-negara rantau ini.

12. Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen-kontinjen negara PBB yang datangnya dari negara-negara Melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan Tentera Diraja Brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.

13. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia.Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-pengganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

Thursday, 24 January 2013

Aku & Kucing

Assalamualaikum.....Heheeh...post nie aku nak share lah ckit sal live aku ngan kucing2 aku yang aku paling syang.(Aku syang suma kucing aku).
Aku ni simple je orangnya...tp hati aku ngan kucing memang rapat. Bukannya kucing aku saja tapi mana2 kucing yang kat luar tu pun kalau aku nampak orang sepak memang aku pegi penyepak muka dia balik. Hal ni pernah terjadi masa aku form 5 kut aku pun dah x ingat...aku nampak seorang budak laki ni tendang kucing time tengah mnx makanan kat kedai makan. Aku bangun terus tampar kepala budak tu...hahahah.....nasib aku baik lah mak bapak dia tak ketuk kepala aku balik ngan pinggang ikan siakap 3 rasa tu. Yang bestnya baru-baru nie aku jmpa budak tu balik...aku x knal dia tapi dia yang tegur aku. Dia ckap dia ucap terima kasih kat aku sebab hentak kepala dia dulu...lpas tu dia cerita sekrang dia dah ada 10 ekor kucing kat umah...sumanya kucing jalanan yang dia ambik bela. Aduuhhhh!!!..aku nak cerita sal kucing aku buat apa aku merepek nie..sengal tul lah..ok lah...straight to the point....

Aku dulu ada 13 ekor kucing dan sumanya aku syang...tp sekarang dah tinggal 5 ekor dah...sebab kenapa tinggal 5 ekor adalah bebelan MAMA aku yang aku syang....huhuuhu....mana x bebelnya...aku belajar lagi..so aku balik tengok kucing aku time weekend je lah. Mama aku bebel dia xlarat nak buang najis kucing aku...hehehehhe.....aku sedih gak bila mama aku ckap nak buang kucing2 aku...1 hari aku merajuk...nasib baik pas 2 mama aku ckap dia nak sedekah kat orang..heheheh....

Antara kucing-kucing aku adalah:
1. Manja ( Tsunade )
2. Anugerah
3. Mutiara
4. Puteh
5. Hang Tuah
6. Hang Jebat
7. Delima Sakti
8. Hang Kasturi
9. Tak Bernama
10. Tak Bernama
11. Tak Bernama
12. Tak Bernama
13. Tak Bernama

Untuk pengetahuan korang manja yang member2 rumah sewa aku panggil Tsunade 2 ibu kpada anak2 dia yang comel dan yang "Tak Bernama" 2 sebab baru lahir dan aku x tahu nak bagi nama apa. Tapi yang bestnya anak kucing yang baru lahir 2 suma mata diowang biru. Ada yang sekor 2 aku panggil Alien...heheheh..

Gambar kat bawah ni antara gambar kucing aku yang suka buat menyemak dan gambar anak kucing yang tersngat comel. hahahah....Poyo lah post aku kali nie.





Ha...yang nie Hang Jebat The Gangster. Bajet muke cute lah....


Ni Time tengah mengacau aku format laptop member2 aku..dah lah mengacau possing seksi plak...hahaha


Ni time baru bangun tido...Kalau aku xde kat rumah atas almari member aku lah jadi mangsa untuk port tido.   Sory Ucop...


Ni time aku ngah kelam kabut buat Assignment dia pun nyibuk nak tido.


Landing Time lepas buat sepah 1 bilik...habis koyak kertas assignment aku...Hampehh...bukanye dia nak kemas balik.


Ni salah satu lgi perngai yang paling aku x berkenan...elok je tido atas laptop aku time orang tengah sibuk buat keje..


Landing time lepas penat main nagn Mutiara.



Haa.....ini namanya Mutiara....dia ni lah yang paling kecoh...kalau masuk dalam rumah habis bersepah 1 rumah.



Ni tengah standby nak terkam kaki orang yang lalu lalang...


Hehehhe....ni gambar yang paling comey sang mata biru....


Ini gambar tengah nak belajar cilok2 kat dalam snagkar 2...
p/s : Berjalan pon terhinggut2..huhuhuhuh


HA!!!!.....akhirnya......siap jugak aku tulis...hahahahah...mata aku pun dah ngantuk...jom jebat...tido....


ZzzzzZZZzzzzZZZZ......Selamat Malam Suma....



USA Nak Serang Mekkah & Madinah!! Betul Ke???


Assalamualaikum...hari ni aku nak share ckit pasal artikel yang aku dapat dari member2 blogger yang aku pun x ingat nama blog dia ( sorry copy your article ). Aku terbaca artikel ni so aku nak update sikit pasal pelan kejam yahudi nie.  Dari artikel di bawah laknaktuallah Dempsey ni telah mengajar satu kursus kat pegawai tentera USA tentang perancangan diorang bagaimana nak serang Tanah Suci Mekah. Artikel ni membuatkan Washington malu besar dan ia langsung bertentangan dengan seruan Barack Obama "Memerangi Keganasan". Artikel kat bawah menyebut data yang diperoleh ni adalah dari Wired.com. So untuk lebih lanjut korang suma try lah search tengok. Maklumat artikel seperti dibawah:


General Martin Dempsey


Makkah Al-Mukharamah


Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah


VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.



Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.



Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.


Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.


Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.



Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.



Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. 


Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.


“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.



Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.



“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.



Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.



“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi


Friday, 18 January 2013

Follow the Story: Malaysians "Listen Listen Listen" & Respond to #SharifahZohra

A 24-minute video of a public university forum speaker mocking a student has gone viral on online forums and Facebook. The video showed the speaker - Sharifah Zohra Jabeen, president of little-known women's organisation called Suara Wanita 1Malaysia or SW1M - dismissing a student, Bawani KS, who stood up to highlight points on Bersih and free education with remarks including "when this is our programme, we allow you to speak' and 'when I speak, you listen". 







Ok today aku nak share lah cikit pasal perdebatan yang tengah hot antara Sharifah Zohra Jabeen ngan KS Bawani ni. Dari info yang aku dapat pemimpin pimpinan pelajar telah bersuara untuk mengajurkan Fair Debate antara diorang nie atas dasar untuk menyatakan FAKTA keatas isu KEBEBASAN AKADEMIK dan STUDENT's RIGHT. Bagi pendapat aku perkara ini bagus bukan aku nak melagakan diorang nie tapi bagus sebab untuk menetukan sesuatu fakta kita kena banyak buat research dan kita kena tahu banyak perkara suapaya kita dapat mempertahankan fakta tersebut. Untuk menjadikan isu ini menjadi lebih adil aku rasa x salah kalau MPP UUM anjurkan satu debat khas untuk mengelak pandangan negatif masyarakat tentang isu ini. Mungkin orang kat luar sana muskil tetnang apa yang sedang berlaku dan bagi aku dan orang lain yang bersependapat dengan aku nak tengok diorang nie berbaik dan xnak lah disebabkan hal yang terjadi masa forum tu akan menyebabkan berlakunya perselisihan pendapat dan fahaman tentang fakta yang ingin di sampaikan. 

Bagi sesiapa yang x tahu. Pelajar yang bernama BS Bawani nie adalah seorang pelajar jurusan undang-undang dan beliau merupakan seorang yang aktif menyertai dalam PERHIMPUNAN ANTI-KERAJAAN. Bagus budak nie...dia sedar apa yang kerajaan dah korbankan untuk keperntingan rakyat. Sebagai mana seruan PM kita Datuk Seri Najib "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
OK dari info yang aku dapat juga. Datuk Ambiga berkata Bawani adalah seorang yang berani memberi pendapat dan jarang hendak melihat seorang pelajar begitu berani diamana dengan lantang memberi pendapat tentang isu yang panas maksud aku isu perhimpunan haram.

Untuk pengetahuan korang Sharifah Zohra Jabeen merupakan seorang president sebuah organisasi "Suara Wanita 1 Malaysia". Aku sebagai pelajar juga amat bersyukur jika kerajaan kita mampu memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sebab aku mengalami nasib dimana my parents terpaksa bekerja siang dan malam untuk memastikan aku mampu sambung belajar. Kadan-kadang aku menangis bila teringat butiran peluh yang keluar dari dahi mama dan abah aku dan semua tu disebabkan mereka memerah keringat untuk mencari sesuap nasi bagi memastikan aku dan adik-adik aku dapat belajar. Dan apa yang aku mampu buat adalah belajar dan terus belajar bagi mengangkat balik maruah keluarga aku sebab aku berasal dari keluarga yang tidak mempunyai apa-apa. Tiap2 hari parent aku terpaksa memerah keringat untuk mencari sesuap nasi. Antara menu yang aku paling suka bila sampai hujung bulan adalah Masak Tumis Udang yang mama aku masak. Aku bersyukur kerana dapat merasai masakan tersebut dan aku tahu ada lagi orang diluar sana yang tidak mampu. Sekarang lepas aku tengok video nie aku tahu aku masih kekurangan dalam info semasa dan perbezaan aku dengan Bawani amat jauh. apa yang penting Matlamat untuk berjaya dalam diri aku akan terus tercabar.

Forum Mahasiswa: LISTEN, LISTEN, LISTEN!!



Salam 1 Malaysia.....Malam ni aku nak share ngan korang satu video yang aku rasa femous lah 3-4 hari nie. Korang mesti penah tengok kut. Aku dapat video nie sbb ada member aku share kat FB. Aku rasa nak comment lah ckit sal video nie. Aku nak share ngan korang suma and aku harap korang boleh nampak moral sebalik video nie. 

First impression aku bila tengok video nie aku ingat yang lecturer tu India( Sorry Miss Sharifah ). Tapi impression aku suma xleh pkai. Mcm seblum2 nie pun aku guest gak...tp x betul apa yang aku teka. Sbb tu lah aku pernah dapat pun hadiah lucky draw...hehehhe....xde rezeki..;

Ok lah...aku nak share lah cikit opinion aku sal video yang tengah hot ni..Bila aku tengok start dari 00.00 min-smpai abis ( aku x ingat brape duration dia ) aku rasa video yang patut aku share. 

Dalam video ni aku x nak codem sapa2 sbab aku rasa setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing2. So, firstly aku nak bagi comment ngan pendapat aku lah tentang gadis India 2. Bagi aku....apa yang dia hujahkan mmg gempak siot as a student.....dia bnyk pengetahuan n dia kaji tentang Our proud country and the other country. Aku solute dia ats pengetahuan yang dia ada....tp aku unrespect her because dia xde pengetahuan soft skill yang sepatut nya dia ada. As a student aku rasa kita layak memberi pendapat dan komen tapi kena lah ada batasannya. Kalau aku sbgai lecturer tu aku pun bengan ngan attitude budak perempuan tu sbb xde respect. Bagi aku lah....kita hadir majlis atau forum orang kita kena hormat forum @ majlis tersebut...bila kita diberi peluang bersuara kita kena jaga kadar tone suara kita 2...xpayah lah over2 sngat....biar kita bersederhana dalam percakapan tapi mesej yang nak disampaikan tu mesti gempak...Tapi budak nie kira nak menjerit ja bila orang bagi peluang...mcm x pernah dapat microphone. Aku rasa mesti penyelaras audio diorang slowkan volume ckit...hahahahahha....

Second tentang lecturer diorang tu...aku respect dia sbb as a professional dia mmg patut jawab mcm mna permulaan dia jawab....and part yang aku suka bila dia ckap ...LISTEN,LISTEN,LISTEN......hahahaha....siap counting yang aku x than...maybe prinsip dia kut smpai 10 kali dia counting..lau budak 2 x berhenti gak free je kena. lpas tu part yang aku x berknaan kenapa dia perlu beri penerangan pasal kucing lah, anjing lah, lembu lah,,,and JAWS.... Bagi aku manusia is the best creature on this planet. Aku x dapat pastikan sama ada dia nak buat perbezaan tu sbb nak bagi beza antara otak manusia ngan haiwan ka atau mmg betul dia nak terangkan pasal permasalhan yang mereka 2 tengah berdebat. Bagi aku bagi aku manusia memang kejam sbb mcm entri post aku yang sebelum nie...manusia dengan selambernye masukakan lembu yang masih hidup n terus dikisar untuk dijadikan daging burger.

By the way....aku respect Lecturer dia sbb professional dace the problem and aku harap that student open her eye wide and I think she(the student) should learn how to accept people opinion. 

Tapi bagi aku....2300 - 1 = 2999 sumanya x boleh pkai...sokong ja tahu..dari belakang bukan main riuh tapi lau bagi mic hampehhhhh....itu lah orang melayu...samalah macam aku..

Tapi aku dah hakis perasaan tu hehehehhe......bak kata Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary- "KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH AGAMA DAN BANGSA KITA, TETAPI DISEBABKAN OLEH SIKAP DAN  CARA KITA BERFIKIR"......So, I wish reader have a nice day and try to change how we thinking.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...