Salam 1 Malaysia....aku rasa boring petang ni sebab nak abiskan masa untuk ke kelas pulak pukul 6 nnti. So, aku nak petik cikit pasal kaya nie...hahaha...."KAYA" sapa yang x mau kaya suma orang mau kaya..Jadi aku dok selak-selak page by page kat internet nie. Pas tu aku baru teringat nak kongsi sikit ngan korang suma kat luar sana tentang Billionaire kat Malaysia nie. Aku dapat sumber ni dari banyak website n blog yang aku survey. Untuk senarai yang 2013 belum lagi keluar. So , aku nak bagi tau lah untuk 2012 punya...mungkin dah lapuk kot bak kata orang tapi bukan itu tujuan aku. Aku nak share ni untuk naikkan semangat orang kita sebab bukan xdak orang melayu kita yang x boleh berjaya. Kat bawah ni aku dah senaraikan 20orang yang paling kaya kat Malaysia nie.:
1. Robert Kuok Hock Nien – RM45.7b – KuokGroup
Orang terkaya di Malaysia pada tahun 2012 adalah taikun gula. Kalau korang x pernah dengar nama Robert Kuok aku rasa lebih baik kau xpayah makan gula. Untuk pengetahuan korang dia ni memiliki pasaran gula seluruh dunia dan yang paling penting seluruh asia nie dia yang supply gula. Setakat tahun 2012 kekayaan beliau dengan aset bernilai RM45.7 Billion. Antara syarikat yang dimilikinya ialah.
2. T Ananda Krishnan – RM43b – Usaha Tegas
Tatparanandam Ananda Krishnan lahir 1938 merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak RM 43 billion. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), casino, studio kartun Hollwood, Telekomuniasi (Maxis), multimedia (Astro), perkapalan, tenaga, dan hartanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia tenggara.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.6b – Public Bank
Tan sri ni merupakan orang ketiga yang terkaya di Malaysia. Dia ni kalau korang nak tahu founder Public Bank salah satu syarikat bank yang ada kat Malaysia nie. Dia punya urus niaga bank dia telah berkembang hingga ke rantau Asia termasuk Kemboja dan hong kong. Dia punya kekayaan pada tahun 2012 sebanyak 12.6 billion.
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.4b – IOI Group
Tan Sri yang kat atas ni adalah pemilik sebuah syarikat yang membekalkan minyak kelapa sawit dan memajukan syarikat peladangan. Beliau merupakan IOI Group. Beliau memiliki kekayaan sebanyak RM 11.4 billion ringgit.
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary –
RM9.5 – Albukhary Foundation
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang bumiputera yang mampu membuktikan bahawa melayu boleh berjaya. Beliau merupakan seorang melayu tunggal yang berada diantara top 10 billionaire yang terdapat kat Malaysia. Pada tahun 2012 aset beliau bertambah dan melonjakan beliau naik ke tangga ke-5 orang yang terkaya kat Malaysia. Pada tahun 2011 nilai kekayaannya berjumlah 8.8 billion Ringgit Malaysia tetapi pada tahun 2012 nilai kekayaanya meningkat kepada 9.5 billion Ringgit Malaysia. Beliau merupkan Founder kepada syarikat Albukhary. Beliau merupakan seorang yang pemurah dan dermawan. Setiap tahun hasil daripada keuntungan peniagaannya, beliau akan menyalurkan sumbangan jutaan ringgit kepada yayasan Albukhary yang di tubuhkan beliau di Alor Star Kedah. Tujuan penubuhan beliau adalah bagi membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan pelajar. Antara kata-kata beliau yang menunjukkan beliau seorang yang merendah diri ialah "Saya budak dangau seperti orang kat luar sana juga, kalau saya boleh berjaya orang lain tentu boleh kalau berusaha keras dan x mudah putus asa. Klau putus asa kena cepat2 bangkit."
Antara syarikat yang beliau miliki DRB-Hicom dan MMC. Kalau korang nak tahu railway kereta api elektrik yang tengah dalam pembinaan sekaran nie diuruskan oleh syarikat MMC lah. Kos pembinaan bernilai RM 4.xx billion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM8.0b – Hong Leong
Beliau adalah Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Company (Malaysia) Berhad ("HLCM"), Pengerusi Eksekutif Hong Leong Industries Berhad ("HLI"), Hume Industries (Malaysia) Berhad ("HIMB"), Hong Leong FinancialGroup Berhad, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Camerlin Group Berhad dan Pengerusi Hong Leong Bank Berhad, HLG Capital Berhad ("HLG"), Hong Leong Assurance Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Hong Leong Foundation ("HLF").
Kekayaan beliau pada tahun 2012 berjumlah RM 8.0 billion.
7. Tan Sri Lim Kok Thay – RM7.58b – Genting Group
Tan Sri Lim Kok Thay merupakan anak kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong .Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat. Kekayan yang dimilki Tan Sri Lim Kok Thay berjumlah RM 7.58 Billion pada tahun 2012.
8. Puan Sri Lee Kim Hua - RM6.59b – Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua merupakan isteri kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan beliau merupakan ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay. Beliau dan suaminya iaitu Tan Sri Lim Goh Tong merupkan perintis membina Genting Group.
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41b – Rimbunan Hijau
Tan Sri Tiong Hiew King adalah seorang usahawan Malaysia
berketurunan Cina yang merupakan jutawan dari Sarawak. Beliau adalah pemilik
syarikat pembalakan Rimbunan Hijau dan akhbar Sin Chew Daily dan akhbar Guang
Ming Daily. Beliau memiliki kekayaan berjumlah RM 6.41 billion setakat tahun 2012.
10. Ong Beng Seng – RM4.92b – Hotel Properties Ltd
Encik Beng Seng Ong adalah Co-founder Hotel Properties Ltd dan berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Ong bertanggungjawab untuk semua aspek perancangan strategik dan aktiviti pembangunan perniagaan Kumpulan HPL. Beliau mempunyai 30 tahun pengalaman dalam hotel dan pembangunan hartanah, pengurusan hotel, hartanah dan industri runcit. Beliau telah menjadi Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Hotel Properties Limited sejak mac 5, 1980. Beliau menyertai Motor & General Underwriters Investment Holdings Ltd pada tahun 1972. Encik Ong adalah seorang Ahli Bersekutu Chartered Insurance Institute of England. Kekayaan beliau pada tahun 2012 adalah RM 4.92 billion.
11. Tan Sri Azman Hashim RM3.47b –
Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Dato 'Azman Hashim terkenal sebagai tokoh korporat. Pengalaman profesional beliau bermula di Perth, Australia di mana beliau telah digunakan oleh Tetuan OL Haines & Co (Chartered Accountants) 1955-1960. Pada tahun 1960, beliau kembali untuk berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964 apabila dia meninggalkan untuk memulakan amalan perakaunan Azman & Co yang kemudiannya berkembang menjadi suatu perkongsian, Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants). Beliau kemudian menyertai Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad pada tahun 1966 dan merupakan Pengarah Eksekutif dari tahun 1971 hingga 1980. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1980 sehingga tahun 1982 apabila beliau menjadi Pengerusi Kumpulan AmBank sehingga hari ini. Pada masa ini, Tan Sri Dato 'Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad dan Pengerusi beberapa syarikat subsidiari Kumpulan AmBank dan juga Amcorp Properties Berhad. [2]
Tan Sri Dato'Azman adalah Pengerusi
Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia
Perbadanan Produktiviti Negara
Antarabangsa Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC)
Negara-negara Berkecuali Movement (NAM) Majlis Perniagaan
Pengerusi Bersama Malaysia-Singapura Meja Bulat
Pengerusi Bersama, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ekonomi dan Sosial Suruhanjaya bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) Majlis Penasihat Perniagaan
Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Kepimpinan Perdana
Malaysia South-South Corporation Berhad
Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun
Persatuan Selatan-Selatan Malaysia
Rakan-rakan daripada Persatuan Penjara
Beliau juga merupakan Ahli
Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II)
Majlis Penasihat Perniagaan APEC ("ABAC")
Suruhanjaya Trilateral (Kumpulan Asia-Pasifik)
Lembaga Penasihat, Pusat AIM bagi Tanggungjawab Sosial Korporat
Majlis Perniagaan Malaysia-British
Majlis Perniagaan Malaysia-China
Panel Penasihat Antarabangsa, Bank Negara Malaysia
Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF)
Panel Penasihat Antarabangsa, Forum Ekonomi Islam Dunia
Ketua Mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun (Jawatankuasa Malaysia, Keizai Doyukai)
Beliau juga berkhidmat sebagai Bendahari untuk Malaysia-AS Sektor Swasta Kumpulan Perundingan dan Yayasan Malaysia-Australia dan juga Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia dan salah satu daripada Gabenor Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (JACTIM) Yayasan Malaysia. Beliau juga merupakan salah satu pemegang amanah untuk Yayasan Hati Malaysia, Better Malaysia Foundation, Yayasan ECM Libra di samping Yayasan AmGroup
12. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun – RM2.54b – Berjaya Group
Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya
Broken Hill Proprietary Ltd, Australia dan National Iron & Steel Mills,
Singapura. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.
Syarikat miliknya, Berjaya Group menjalankan perniagaan
sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen
sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation
Berhad.
Syarikat penerbangan Berjaya Air dan Berjaya Hotel merupakan
syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dan kapal terbang kecil.
Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong dibawa ke pulau Tioman
dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air. Berjaya Air berasal
dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini Berjaya air membawa
penumpang ke pulau Pangkor, Redang, Tioman, Lapangan Terbang Seletar, Singapura
dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.
Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan
resort percutian di Bukit Tinggi, Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland.
Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut di sebelah
kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah Banjaran Titiwangsa
dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.
Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu
- Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini
terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya.
Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.
Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon
bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.
MiTV merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba
memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status
Koridor Raya Multimedia kerana menggunakan teknologi terkini. Bagaimanapun
syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan tranmisi yang disediakan oleh
Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd
beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk
Rosman Ridzwan.
Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada
pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer,
bahasa, perakauan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983 mempunya 113 cawangan di
22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan
Othman.[2]
Kilang Inokom Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai dari Korea
Selatan. Antara model yang dikeluarkan ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos,
Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe.
13. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.94b –
Kencana Petroleum
Datuk Mokhzani Mahathir merupakan anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau merupakan salah seorang orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.
Sehingga tahun 2012, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.94 bilion untuk menduduki tangga ke-13 orang terkaya di Malaysia.
Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM9.5 bilion di tangga ke lima.
Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan se banyak RM3.47 bilion.
14. Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78b – IOI Group
Datuk Lee Yeow Chor, bersama-sama dengan abangnya Lee Yeow Seng adalah 2 adik-beradik yang menjalankan IOI Corporation Berhad, salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Datuk Lee adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan kumpulan dan dengan kekayaan pelbagai RM1.78billion, dan menduduki tempat ke-14 senarai orang terkaya kat Malaysia.
15. Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77b – AirAsia
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah
seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan
slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai
kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan
yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali
untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan
negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan
tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju
memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang
rendah yang lain. Beliau menduduki tempat ke-15 orang terkaya kat Malaysia nie dengan kekayaan pada tahun 2012 RM 1.77 billion.
Nota penting: Kekayaan mereka dinilai daripada aset yang terkumpul pada setiap tahun berakhir.
Tip yang aku dapat lah...untuk jadi billionaire macam diorang nie. kita kena kerja kuat dan usaha bagi memajukan syarikat yang kita tubuhkan lepas tu kita laburkan duit usaha kita tu kat Bursa Saham Malaysia dan Dunia. Contohnya lah masa mula2 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary laburkan duit kat bursa saham nilainya hanya RM 0.40 sen seunit saham tapi sekarang nie aku rasa nilai unit sesaham syarikat dia dah lonjak naik sampai RM 2.40 sen seunit saham kut.
Apa2 pun...untuk berjaya ni kita kena lah sentiasa berusaha dan minx bantuan dan nasihat dari orang yang berjaya baru lah kita tidak gulung tikar. Bila dah kaya tu jnagn lah kita nie kedekut macam Haji Bakhil. dan jangan kita sombong plak..Jadikan jutawan bumiputera kita sebagai Idola. Isyallah kalau kita tekun kita mesti boleh punya.. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary belajar sampai ke tingkatan 5 saja boleh jadi orang kelima terkaya kat Malaysia ni. Ni kita yang graduate dari universiti yang terkenal xkan kita x mampu..sedangkan orang yang xdak kelulusan tinggi pon leh berjaya. Sekian